Mari mengenaliku

My photo
Saya insan biasa yang inginkan terbaIk dalam hidup.Liku-liku hidup telah banyak mematangkan diri ini.Semoga pengalaman yang lalu akan mengajar saya menjadi lebih tabah dan kuat bagi mengharungi hari-hari mendatang

Tuesday, 13 December 2016

Menjelajah Pulau Penang (part 2)

Ok.Sambungan daripada post yang terdahulu.Destinasi pertama kami setelah menyeberangi jambatan Pulau Pinang ialah area Gurney.Kami check in di Gurney sea view.Setelah siap menguruskan diri kami berjalan kaki melalui persiaran Gurney yang menghadap laut tu.Lebih kurang 10 minit kami sampai di area food court.Menu pertama yang teringin nak rasa ialah pasembor.Kat area ni ramai peniaga yang menjual makanan Penang seperti Nasi kandar,char kuey teow dan lain-lain
Ni dia pasembor .Lebih kurang macam rojak tapi memang sedap.Sebelum tu nak habaq sikit pasal parking kat Penang ni.Pastikan hangpa terus beli kupon tiket parking dengan segera apabila menjejak kaki ke sini sebab Majlis pembandaran P.Pinang sangat aktif mengkompaun dan menunda kenderaaan yang melakukan kesalahan parking ni.Kalau tempat pelancongan kita perlu bayar parking bermula 9 pagi hingga 9 malam.Tak pasai-pasai kami dapat surat cinta sebab ingat selepas pukul 6 tak payah bayar..
P

Monday, 12 December 2016

Menjelajahi Pulau Pinang bersama yang tersayang (Part 1)

Dalam usia aku 36 tahun baru lah berpeluang untuk menjelajah ke Pulau Mutiara ini.Sebelum ini aku hanya lalu sahaja ketika hendak pergi ke Langkawi atau Perlis.

Di sebabkan aku duduk di Temerloh ,perjalanan kami bermula jam 7.30 pagi.Awal -awal lagi dah kejutkan 3Z .Beg-beg pakaian malam sebelumnya dah siap kemas.

Perjalanan kami melalui jalan biasa dari Temerloh -Mentakab -Lanchang dan memasuki highway di Bentong.Kami berhenti untuk sarapan di hentian Genting Sempah.Bagi menjimatkan masa kami terus melalui jalan Genting hingga ke Goh Tong -Batang Kali -Jalan Kuala Kubu-Kalumpang hingga tembus ke highway Tanjung Malim.Melalui jalan ini dapat menjimatkan masa lebih sejam berbanding melalui highway karak -Kuala Lumpur.

Setelah melalui perjalanan  yang panjang ,kami berhenti rehat di Rnr Tapah.Kat sini banyak terdapat getai-gerai buah yang menjual jambu madu,jambu batu tanpa biji dan limau bali.Kami pun shopping sikit untuk bekalan makanan dalam kereta.

Perjalanan diteruskan melalui negeri Perak yang kaya dengan pemandangan bukit-bukit batu kapur, gua dan gunung
Lebih kurang 2.00 petang kami telah sampai ke jambatan Pulau Pinang yang selama ini aku lihat hanya gambar sahaja.Memang teruja ketika melaluinya.Jambatan i ini menghubungkan Butterworth ke Georgetown.Georgetown merupakan pulau manakala Butterworth itu daratan.Selain daripada melalui jambatan , kita juga boleh menaiki feri untuk ke Georgetown tapi kami memilih untu melalui jambatan .Selain daripada jambatan i i terdapat satu lagi jambatan kedua yang boleh dilalui iaitu jambatan Sultan Abdul Halim Shah.

Bersambung ....

Wednesday, 2 April 2014

Bagi yang menjaga kesihatan dan sering minum jus buah-buahan  di kedai, kini anada boleh membuat sendiri di rumah menggunakan shaker serba guna ini .Anda hanya perlu blender dan terus minum didalam bekas yang menyerupai gelas ini.Selain itu anda boleh membuat ice blended serta membuat makanan bayi seperti bubur.Jadi apa tunggu lagi whatsap /sms/call 014 230 8105

Monday, 31 March 2014

Safety hammer for sale

Hi ladies n gentlement..ini barang baik ini barang baik.Safety hammer yg ada 5 fungsi yg amat berguna kepada pemandu -pemandu terutama wanita ketika mengalami kerosakan kereta atau kemalangan. Antara fungsi ialah sebagai lampu suluh,,beacon (flashing light) ,pemotong seat belt ,break up glass dan ada magnet.keistimewaan tambahan ialah alat ini waterproof.. Jadi apa tunggu lagi ,bagi yang berminat sila pm laju-laju untuk mendapat harga istimewa. Bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan. Alamat facebook nhayati sulaiman.Whatsap /sms 014-230 8105

Thursday, 21 April 2011

Bab 4: Perniagaan Antarabangsa

Check it out nota baru untuk Perniagaan Antarabangsa

Aku yang kau panggil sayang

Sayang...kata-kata yang mudah dilafazkan dan sejauh mana kita menghargai kewujudan perkataan itu.Sayang bukan hanya dibibir dan .bukan hanya satu lafazan .Ianya terlalu abstrak untuk dirungkai.Namun kesimpulan yang dapat saya buat bahawa sayang itu tidak perlu dipaksa, tidak perlu dicari tapi akan menjelma dengan sendirinya melalui keikhlasan.

Kalau sekadar dibibir adakah ianya cukup untuk dilafazkan?namun apabila berlakunya sesuatu ..insan yang kita sayang itu akan disisihkan, kita lontarkan dengan kata-kata yang mengguris hati hingga membuatkan insan yang kita panggil sayang itu memendam duka sehingga mengalirkan air mata...itukah harga lafaz sayang yang kita ucapkan?itulah sebenarnya sekadar ungkapan manis dibibir....Renung2kan lah....Hargailah apa yang kita ada seseungguhnya apabila kita kehilangan nya itulah kekesalan yang tidak perlu dikesalkan...

Tuesday, 22 March 2011

selamat datang pelajar2 4 TM

Kamu boleh lah dapatkan nota untuk bab 3 kat sini.....study hard be smart