Dalam usia aku 36 tahun baru lah berpeluang untuk menjelajah ke Pulau Mutiara ini.Sebelum ini aku hanya lalu sahaja ketika hendak pergi ke Langkawi atau Perlis.
Di sebabkan aku duduk di Temerloh ,perjalanan kami bermula jam 7.30 pagi.Awal -awal lagi dah kejutkan 3Z .Beg-beg pakaian malam sebelumnya dah siap kemas.
Perjalanan kami melalui jalan biasa dari Temerloh -Mentakab -Lanchang dan memasuki highway di Bentong.Kami berhenti untuk sarapan di hentian Genting Sempah.Bagi menjimatkan masa kami terus melalui jalan Genting hingga ke Goh Tong -Batang Kali -Jalan Kuala Kubu-Kalumpang hingga tembus ke highway Tanjung Malim.Melalui jalan ini dapat menjimatkan masa lebih sejam berbanding melalui highway karak -Kuala Lumpur.
Setelah melalui perjalanan yang panjang ,kami berhenti rehat di Rnr Tapah.Kat sini banyak terdapat getai-gerai buah yang menjual jambu madu,jambu batu tanpa biji dan limau bali.Kami pun shopping sikit untuk bekalan makanan dalam kereta.
Perjalanan diteruskan melalui negeri Perak yang kaya dengan pemandangan bukit-bukit batu kapur, gua dan gunung
Lebih kurang 2.00 petang kami telah sampai ke jambatan Pulau Pinang yang selama ini aku lihat hanya gambar sahaja.Memang teruja ketika melaluinya.Jambatan i ini menghubungkan Butterworth ke Georgetown.Georgetown merupakan pulau manakala Butterworth itu daratan.Selain daripada melalui jambatan , kita juga boleh menaiki feri untuk ke Georgetown tapi kami memilih untu melalui jambatan .Selain daripada jambatan i i terdapat satu lagi jambatan kedua yang boleh dilalui iaitu jambatan Sultan Abdul Halim Shah.
Bersambung ....